Pages

Thursday, November 4, 2010

Progres 1 Cisco

Progres Rangkaian 1 memberikan satu pengalaman kepada kepada kami untuk mengkofigurasi sesebuah rangkaian.

Rajah 1

Rajah 1 merupakan contoh rangkaian yang menjadi pilihan kami untuk diaplikasikan pada Packet Tracer.


Beginilah hasilnya setelah Rajah 1 ditukarkan kepada simbol dalam Packet Tracer.


Bagi untuk kongfigurasi alamat IP: klik dua kali pada stesen atau PC, penghala dan kemudian tekan tab "Desktop" dan kemudian tekan bahagian "IP Configuration". Selepas itu bolehlah anda memasukkan alamat IP seperti rajah yang tertera.




















Wednesday, September 29, 2010

Pengenalan


Cisco Packet Tracer(PT) merupakan sebuah program yang dihasilkan oleh Cisco untuk membantu para pelajar dan pensyarah untuk membangunkan satu konfigurasi untuk sebuah rangkaian. PT versi 5.3 merupakan versi yang terbaru yang dikeluarkan oleh Cisco.PT adalah praktikal supaya para pelajar yang mempelajari rangkaian Cisco mendapat pengiktirafan daripada CCNA.

Packet Tracer didatangkan dengan tutorial, topik bantuan, dan tip penyelesaian
masalah yang terdapat pada setiap lapisan OSI.

..........................................................................................................................................................................
Gambar diatas merupakan adalah "Print Screen" daripada Packet Tracer.

1.Bar Menu- bahagian ini menyediakan "File, Edit, Option, View, Tools, Extension, dan Help" menu. Di bahagian ini juga anda akan menemui beberapa perintah dasar( basic commands) seperti "Open, Save, Save as Pkz, dan Preferences.
2. Bar Alatan Utama - bahagian ini adalah untuk jalan singkat untuk Fail dan menu Ubah.Disertakan juga Copy, Save,Undo,Redo yang menggunakan jalan singkat. Di sini juga ada butang Informasi Rangkaian yang membolehkan untuk meletakkan deskripsi mengenai rangkaian tersebut.
3. Bahagian ini adalah bahagian kerja yang memudahkan pengguna untuk DELETE, MOVE dan sebagainya.


Tuesday, September 28, 2010

Sekapur Sireh

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Bersyuker ke hadrat Illahi kerana dengan rahmat dan inayahnya dapatlah kami membuka sebuah blog mengenai Packet Tracer. Diucapkan jutaan penghargaan kepada En. Erman kerana memberi peluang kepada kami untuk menjadi lebih 'advanced' dalam menggunakan Packet Tracer. Packet Tracer merupakan sebuah software yang digunakan dalam subjek Asas Rangkaian Cisco. Diucapkan terima kasih kepada kumpulan kami yang sudi menjayakan blog ini; Azim Naufal, Muhaimi, Qohar, Ashraffi, dan Syafiq Aqwa.

Buah kedondong buah kuini,
Mari dipetik si buah longan,
Jutaan terima kasih kami iringi,
Untuk mengenang jasamu tuan.....